FEBRUARI 2022

Abg Jo Adakan Lawatan Ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kota Sentosa


KUCHING, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Kota Sentosa bagi meninjau program imunisasi Covid 19 Kanak-Kanak (PICKids) Sarawak pagi ini tadi. 

Sejurus tiba, Ketua Menteri diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Kesihatan di klinik berkenaan. Beliau yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melihat sendiri kanak -kanak yang disuntik sambil sempat bertanyakan maklumbalas dari kanak-kanak berkenaan. 

Pencapaian negeri Sarawak setakat ini telah mencapai peratus liputan dos kedua iaitu 1,876, 435 orang (92%) bagi populasi dewasa yang berumur 18 tahun ke atas, diikuti 260, 028 orang (88.7%) bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun dan sebanyak  2, 136,463 orang (75.9 %) bagi seluruh populasi Sarawak serta peratus liputan dos penggalak dalam kalangan yang layak adalah sebanyak 84.5%. 

Seramai 308 kanak-kanak dari dua (2) buah sekolah iaitu SJKC Chung Hua Stampin dan SJKC Chung Hua Pangkalan Baru akan diberi suntikan vaksin Covid -19 di Klinik Kesihatan Kota Sentosa dan dianggarkan mampu mencapai sasaran 50% kanak-kanak yang layak menerima vaksin Covid -19 diberi doa pertama pada akhir bulan Februari 2022. 

Hadir sama adalah Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon anak Joyik, Timbalan Pengarah Jabatan  Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) , Dr. Rosemawati binti Ariffin.

Sumber dari : Sarawakku